Tips Penjagaan Kucing

Penjagaan kucing perlu bagi memastikan kucing yang kita pelihara berada dalam keadaan sihat.terutamanya anak kucing.aspek penting yang perlu dijaga adalah kebersihan dan pemakanan. Ada anak kucing mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit dan sakit mata..mari kita kenali masalah ini supaya dapat diatasi..

MASALAH CIRIT BIRIT

Cirit birit adalah masalah najis yang tidak pejal dan berair..masalah ini dapat diatasi dengan mengetahui punca ianya terjadi..
Antara punca2nya ialah:
1. Makan berlebihan
2. Makanan yang tidak sesuai (contohnya ada kucing tidak dapat menerima makanan laut seperti udang,sotong)
3. Susu yang tidak sesuai (anak kucing tidak sesuai minum susu pekat manis)
4. Keracunan makanan yang tercemar
5. Dijangkiti cacing

MASALAH CACING

Masalah cacing selalu terjadi kepada kucing jalanan..sebab faktor pemakanan yang tidak sihat dan tempat yang kotor..slunye kucing yang menghidapi cacing nie perutnya buncit dan keras..kurus..muntah2..najis bercacing..terdapat dua jenis cacing iaitu cacing pita dan cacing gelang..Cacing pita berbentuk seperti pita putih dengan diameter beberapa milimeter. Panjang cacing pita pada kucing boleh mencapai 70 cm.




Cacing-cacing menghisap nutrisi makanan yang terdapat di usus atau menggigit dinding usus dan menghisap darah yang terdapat di usus. Luka-luka akibat gigitan cacing dapat menyebabkan infeksi pada dinding usus. Beberapa jenis cacing hidup dan berkembang di pembuluh darah sehingga dapat menyebar ke seluruh tubuh dan menyebabkan gangguan pada jantung, otak, hati atau organ lain.Usus anak kucing berusia 3-4 bulan akan tersumbat jika masalah cacing nie terlalu serius..dikuatiri akan membawa maut..

Untuk mengatasi masalah nie mudah aje..bagi kucing kesayangan kita makan ubat cacing yang boleh didapati di klinik haiwan atau mane2 kedai haiwan kesayangan hampir dengan tempat anda!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment